Skip to main content
Human Rights Watch’s Alison Des Forges Award meraikan keberanian individu-individu yang menggadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan hak dan martabat semua. Human Rights Watch bekerjasama dengan aktivis-aktivis yang menggagumkan ini untuk mewujudkan sebuah dunia tanpa keganasan, diskriminasi dan penindasan untuk sesiapa. 

Nisha Ayub © 2015 Nisha Ayub

 

Nisha Ayub ialah seorang pejuang hak asasi manusia berkenaan isu-isu transgender yang terkemuka di Malaysia. 10 tahun lalu, semasa Nisha berumur 21 tahun, dia ditangkap oleh Jabatan Agama Islam, dan kemudian dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan di bawah undang-undang syariah yang menghukum ‘mana-mana lelaki yang memakai pakaian wanita atau berlagak seperti perempuan di tempat umum.’ Dalam penjara, dia mengalami keganasan seksual daripada warden dan banduan lain. Semenjak dia dibebaskan dari penjara, Nisha mengadvokasi hak individu transgender di Malaysia secara berterusan tanpa henti untuk melindungi mereka yang dianiayai hanya untuk mengekspresikan diri mereka.

Nisha Ayub pernah menjadi mangsa pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa di Malaysia. Tetapi Nisha hal itu tidak menjadikan dia takut dan berputus asa. DIa membuat keputusan untuk menjadi seorang pejuang hak asasi manusia. Tanpa henti, Nisha mempertahankan hak individu transgender secara positif, sambil menjadi inspirasi kepada lain untuk mengikut jejak langkahnya.
Boris Dittrich

Pengarah Advokasi, Program Hak Asasi Manusia Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender

Nisha turut terlibat dalam pembentukan SEED Foundation yang memberikan sokongan kepada individu transgender, pekerja seks, dan orang yang hidup dengan HIV. Organisasi tersebut memberikan kaunseling, latihan pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, dan kebajikan. Nisha juga sebahagian Justice for Sisters yang memberikan sokongan perundangan kepada individu transgender. Pada 7 November 2014, komuniti mak nyah di Negeri Sembilan dan Justice for Sisters meraih kemenangan di Mahkamah Rayuan bagi semakan keundangan undang-undang syariah yang mendiskriminasi mak nyah di negeri tersebut, apabila mahkamah tersebut memutuskan bahawa undang-undang tersebut tidak berpelembagaan serta mendiskriminasi golongan mak nyah. Keputusan tersebut yang kini dirayu oleh kerajaan Negeri Sembilan, merupakan satu titik tolak yang penting dalam perjuangan individu transgender untuk menikmati hak asasi yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain.

Human Rights Watch meraikan Nisha Ayub untuk mencabar undang-undang yang mendiskriminasi individu transgender di Malaysia yang menghalang mereka daripda hidup bebas tanpa keganasan, ketakutan dan penindasan. 

 

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country