(Bangkok) – Mahkamah Syariah di Malaysia telah mengenakan 9 mak nyah dengan hukuman denda dan dua orang lagi dikenakan hukuman penjara selama sebulan di bawah seksyen “lelaki berkelakuan menyerupai wanita” yang mendiskriminasi golongan mak nyah, lapor oleh Human Rights Watch hari ini. Jabatan Agama Negeri Kelantan, menangkap 9 orang mak nyah tersebut semasa sebuah serbuan pada Jun 16, 2015, dan kesemua daripada mereka telah mengaku bersalah kemudian hari. Peguam telah memfailkan rayuan, dan kedua-dua wanita yang menerima hukuman penjara demikian dilepaskan dengan jaminan, sementara menunggu keputusan.
Serbuan tersebut merupakan kejadian terbaharu dalam tangkapan serta gangguan sewenang-wenangnya terhadap golongan mak nyah di Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu segera memansuhkan undang-undang “lelaki berpakaian atau berlagak seperti perempuan” dan undang-undang lain yang mendiskriminasi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Human Rights Watch.
Sembilan wanita, dikenali mak nyah di Malaysia, yang sedang menghadiri satu majlis ulang tahun di hotel telah ditahan apabila pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) menyerbu acara tersebut. Di setiap negeri di Malaysia, pegawai-pegawai Jabatan Agama adalah kumpulan yang diberikan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan enakmen jenayah Syariah. Di Kelantan, seksyen 7 enakmen jenayah 1985 menyatakan bahawa, “Mana-mana orang lelaki yang berpakaian wanita dan bertindak sebagai wanita di tempat-tempat awam akan didapati melakukan kesalahan, dan boleh disabitkan denda yang tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.”
Aktivis hak transgender Malaysia mengatakan undang-undang tersebut bukan sahaja melanggar perlembagaan, tetapi juga menyumbang kepada diskriminasi dan keganasan terhadap golongan transgender secara meluaskan.
“Undang-undang ‘lelaki berlagak seperti wanita’ bukan sahaja menafikan hak-hak asasi wanita transgender sebagai rakyat negara, tetapi menyumbang persekitaran yang negatif bagi golongan transgender,” kata Nisha Ayub. “Undang-undang sebegini mempengaruhi padangan awam terhadap kami sebagai penjenayah, dan membawa pengaiban kepada golongan transgender, meningkatkan jenayah yang berusurkan kebencian dan lain-lain bentuk keganasan, dan juga menggalakkan jenayah yang berusurkan kebencian terhadap golongan transgender dalam kalangan masyarakat.”
Dalam laporan 2014, “Saya Takut Untuk Menjadi Wanita: Pencabulan Hak Asasi Manusia Terhadap Golongan Transgender Di Malaysia,” Human Rights Watch telah mendokumen pelanggaran hak-hak asasi termasuk penangkapan dan penahanan sewenang-wenang; serangan seksual, penyeksaan dan penganiaayaan; dan pemerasan wang dan seks oleh pegawai-pegawai jabatan agama dan polis. Human Rights Watch juga telah mengenal pasti kejadian keganasan oleh orang lain, diskriminasi semasa mencari pekerjaan, dan juga stigma oleh pekerja-pekerja di sektor kesihatan, seperti hospital.
Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara di dunia yang mendakwa individu yang identiti gender berbeza degan jantina ketika lahir, dan individu yang ingin menjadi siapa mereka sendiri sebenarnya.
Walaupun golongan transgender pada mulanya pernah menerima penerimaan yang tinggi di Malaysia, beberapa inisiatif undangan negeri pada awal 1980, telah menjenayahkan dan memaksa golongon transgender bersembunyi. Mengikut undang-undang diskriminasi, golongan transgender boleh ditahan hanya kerana mereka memakai pakaian yang dianggap tidak berkaitan dengan jantina kelahiran mereka.
Mahkamah Persekutuan dijangka untuk mendengar rayuan bagi keputusan mahkamah rayuan Negeri Sembilan pada Ogos 2015. Sekiranya keputusan memihak golongan transgender, keputusan hanya sah di Negeri Sembilan, dan mempunyai potensi untuk mengubah status golongan transgender di sekitar Malaysia.
“Pihak berkuasa Malaysia patut melindungi golongan transgender daripada diskriminasi dan bukan mengekalkan diskriminasi terhadap mereka,” kata Ghoshal. “Jabatan Agama Kelantan harus dengan serta-merta menggugurkan pertuduhan terhadap 9 wanita transgender dan semua kerajaan negeri juga harus memansuhkan undang-undang diskriminasi golongan transgender.”