Skip to main content

Rancangan kerajaan Malaysia untuk menangkap dan mengusir ratusan ribu ke atas pekerja-pekerja asing tanpa izin mungkin memberi implikasi dengan adanya penganiyaan secara berleluasa.Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) telah memberi amaran pada hari ini.Pelarian-pelarian dan mangsa-mangsa perdagangan haram(mereka yang ditipu dan dipaksa dalam situasi-situasi seperti buruh yang dipaksa atau pelacur-pelacur yang dipaksa) mungkin ditangkap secara besar-besaran dan diusir tanpa menerima perlindungan.

Pengusiran secara besar-besaran yang lalu bukan sahaja telah menyebabkan pekerja-pekerja terkandas di dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tempoh beberapa bulan tetapi juga telah menyebabkan kematian. Dan dengan peluang pekerjaan yang sedikit di negara asal mereka , ramai pekerja asing akan kembali semula ke Malaysia ,“ini sebagaimana yang dinyatakan oleh LaShawn R. Jefferson, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hak-Hak Wanita, Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia”. Pengusiran secara besara-besaran hanya akan menjadikan mangsa-mangsa perdagangan haram dan pelarian-pelarian menyembunyikan diri dan ini akan meletakkan diri mereka mendapat risiko eksploitasi yang buruk.

Secara anggarannya, sebanyak 2 juta pekerja asing bekerja di Malaysia, terutamanya dalam pembinaan, di ladang-ladang kelapa sawit dan perkhidmatan domestik. Lebih daripada 1 juta didapati tiada permit kerja yang sah. Kebanyakan daripada pekerja asing adalah terdiri daripada Indonesia, Bangladesh, India dan Filipina.

Pihak berkuasa di Malaysia merancang untuk memulakan penangkapan terhadap pekerja-pekerja asing tanpa izin pada bulan disember 2004 atau pada bulan Januari 2005. Menurut Jabatan Imigresen, pihak berkuasa Malaysia akan menjalankan penyiasatan selama 14 hari bagi setiap kes dan kemudiannya mendakwa mereka di Mahkamah di Malaysia.Mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Imigresen 2002 mungkin disebat, dipenjarakan untuk tempoh 5 tahun, denda secara maksima dan ditahan sementara sementara menunggu diusir. Pada tahun 2003, sebanyak 18,000 ( terbaru December 13, 2004) pekerja asing dirotan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyatakan rasa kebimbangan yang serius tentang potensi yang mana akan menjadikan penganiyaan terhadap hak asasi manusia semakin menular sepanjang tempoh pengusiran.Ini termasuklah penggunaan kekerasan sepanjang tempoh serbuan daripada pihak imigresen, perlindungan yang tidak mencukupi untuk pekerja-pekerja asing yang dianiaya, mangsa-mangsa perdagangan haram dan pelarian-pelarian; dan penahanan terhadap pekerja-pekerja asing ini dilanjutkan dalam keadaan yang tidak memuaskan. SUHAKAM telah mendokumentasikan keadaan-keadaan kem tahanan yang penuh sesak. Ramai pekerka asing akan diusir tanpa menerima gaji yang penuh sepanjang tempoh mereka bekerja.

Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memberi kuasa kepada 400,000 orang awam yang terdiri daripada ahli-ahli Rukun Tetanga dan Rela, Sukarelawan Jawatankuasa Keselamatan dan Kejiranan bagi menjalankan serbuan dan penangkapan oleh pihak Imigresen. Di bawah cadangan-cadangan kini, orang-orang awam ini akan menerima latihan asas/minima dan akan beroleh ganjaran yang lumayan bagi setiap pekerja asing yang ditahan.

“ Dengan membernarkan orang-orang awam melakukan serbuan dan penangkapan akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa dan merendahkan fungsi undang-undang,” kata Jefferson.

Pemerhati Hak Asasi Manusia juga mendapati bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin akan gagal membezakan mangsa-mangsa pedagangan haram, pekerja asing yang telah didera dan pelarian daripada pekerja-pekerja tanpa izin. Mereka akan diusir tanpa diberi bantuan sewajarnya. SUHAKAM telah mendapati bahawa ramai wanita asing yang sedang ditahan di penjara-penjara Malaysia adalah mangsa-mangsa perdagangan haram.

Anggaran terkini oleh UNHCR mengenai pelarian yang berada di Malaysia ialah seramai 28,000 orang. Lebih kurang 10,000 adalah mangsa peperangan daripada Aceh, Indonesia dan 10,000 yang lain adalah orang muslim daripada Rohingnya (Burma). Pemerhati Hak Asasi Manusia mengalu-alukan kebenaran yang diberi oleh Malaysia kepada Rohingya untuk tinggal di negara Malaysia, tetapi masa depan pelarian lain terutamanya dari Aceh yang akan didera kalau dihantar balik ke Indonesia, adalah tidak terjamin.

Pendatang asing yang sedang menghadapi penderaan daripada majikan, mungkin akan ditangkap dalam serbuan ini dengan sedikit atau tiada langsung perlindungan. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia, pekerja domestic Indonesia di Malaysia kerap kali bekerja 16 -18 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan dibayar gaji kurang daripada US$0.25 sejam (US$1 = RM3.80). Ada diantara mereka yang dianayai (dera atau penderaan seksual) oleh majikan. Jikalau pekerja domestic ini berlari, dia akan hilang semua status dari segi undang-undang. Tujuh belas ribu pekerja domestic telah tinggalkan majikan mereka dalam tahun 2003, ramai diantara mereka mungkin mangsa penderaan. Kerajaan Malaysia tidak menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan yang diberi oleh pekerja asing yang telah ditangkap.

Di bawah pengampunan yang akan tamat dalam bulan Disember, pendatang asing tanpa izin boleh meninggalkan Malaysia tanpa apa-apa denda. Lebih kurang 80,000 pendatang asing, majoritinya daripada Indonesia telah pun pulang kenegara asal mereka. Kerajaan Indonesia telah mula membina tempat perlindungan dan bantuan untuk mereka yang kembali disemua pintu masuk tetapi adakah semuai ini mencukupi untuk beratus-ratus ribu yang pulang masih diragui serta bagaimana hendak mengelakkan kejadian pertengahan 2002. Pengusiran Malaysia secara besar-besaran yang lalu, telah menyebabkan kematian ramai orang Indonesia, termasuk kanak-kanak disebabkan kelesuan melampau dan penyakit semasa terkandas ditempat transit.

Pemerhati Hak Asasi Manusia meminta :

• Kerajaan Malaysia harus meminda Akta Immigresen 2002 untuk menghapuskan sebatan dan denda lain yang kejam dan tidak sesuai.
• Pihak berkuasa Immigresen dan Polis hendaklah menunjukkan kerjasama dengan NGO, UNHCR dan pakar-pakar yang releven, program menapis untuk memastikan pelarian, mangsa perdagangan haram dan pekerja-pekerja asing yang telah didera. Negara penghantaran juga mesti wujudkan program menapis untuk mereka yang kembali.
• Penguatkuasa Immigresen Malaysia memastikan bahawa tiada sebarang pelarian Aceh yang telah dipastikan oleh UNHCR, dihantar pulang ke Indonesia dengan alasan yang mereka adalah pendatang tanpa izin.
• Kementerian Dalam Negeri Malaysia memberhentikan rancangan pengunaan orang awam untuk menjalankan serbuan immigresen dan penangkapan.
• Kerajaan-kerajaan Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Filipina dan negara-negara penghantaran yang lain, memberi surat akuan dan bantuan kepada pekerja asing yang telah didera atau tidak dibayar gaji, mangsa-mangsa perdagangan haram dan pelarian termasuk perlindungan perkhidmatan kesihatan dan undang-undang.
• Negara penghantar menyediakan semua dokumen perjalanan dan bantuan logistic termasuk perlindungan dan pengangkutan untuk mereka yang kembali.

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country