Skip to main content

(New York) – Human Rights Watch meratapi pemergian Karpal Singh, seorang pejuang hebat untuk keadilan dan hak asasi manusia di Malaysia, dan di seluruh Asia. Beliau meninggal dunia pada awal pagi 17 April 2014, dalam satu kemalangan kereta semasa beliau sedang dalam perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menghadiri sebuah perbicaraan mahkamah. Beliau berumur 73 tahun.

“Karpal Singh menggunakan mindanya, latihan perundangan, serta keinginan yang tinggi terhadap keadilan untuk terus lantang menggalakkan rasa hormat kepada hak asasi manusia di Malaysia,” kata James Ross, pengarah perundangan dan polisi. “Selama berdekad-dekad, beliau adalah kuasa yang tidak lekang menuntut hak asasi kepada semua.”

Dikenali sebagai “Harimau Jelutong,” sebuah bandar yang pernah diwakilinya di parlimen, Ketegasan Karpal berulang kali membawa masalah kepada dirinya dengan pihak berkuasa. Pada Oktober 1987, beliau telah ditahan tanpa perbicaraan, bersama ahli parlimen serta pemimpin politik pembangkang yang lain, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dikenali kerana didakwa mencetuskan ketegangan kaum. Beliau dibebaskan pada tahun 1989, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri kini telah dimansuhkan. Pada tahun 1998, beliau telah dihina kerana membela pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim semasa perbicaraan liwat beliau yang pertama, dan sekali lagi kerana mewakili Anwar dalam kes liwat kedua yang bermotifkan politik.

Penglibatan Karpal Singh dalam politik pembangkang dan kritikan umum terhadap kerajaan sangatl membawa kesan kepada dirinya. Pada masa kematiannya, beliau sedang menghadapi hukuman penjara dan denda kerana didakwa menghasut secara kenyataan terbuka pada Februari 2009 di mana keputusan pemerintah boleh dipersoalkan di dalam mahkamah. Mahkamah pada asalnya telah pun melucutkan tuduhan tersebut, tetapi kerajaan membuat rayuan yang menyebabkan denda yang tinggi yang cukup untuk memaksa beliau dikeluarkan dari parlimen. Sebelum pemergian Karpal, peguam negara telah memohon supaya hukuman penjara dikenakan bersama denda.

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country