Skip to main content

Malaysia: Pemulihan Memberi Jalan Kepada Penindasan

Pilihanraya Mei 2013 Menandakan Berakhirnya Kemajuan Hak Asasi

(Bangkok) - Kerajaan Malaysia telah banyak berundur berkenaan hak asasi selepas pilihanraya Mei 2013 mengembalikan kuasa pemerintah gabungan dengan majoriti yang jauh lebih kecil, kata Human Rights Watch hari ini dalam World Report 2014. Pelulusan undang-undang baru yang menindas, penahanan aktivis pembangkang, dan penindasan kebebasan bersuara politik yang lebih meluas telah menandakan penamatan agenda pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak .

“Malaysia dalam 2013 telah ditandakan dengan ‘kisah dua muka Najib’ – menjanjikan pembaharuan sebelum pilihanraya dan sejurus selepasnya, mengembalikan undang-undang penindasan,” kata Phil Robertson, penolong Pengarah Asia di Human Rights Watch. “Semenjak Mei kerajaan telah mengambil tindakan keras terhadap hak asasi, membatasi kebebasan bersuara, dan menahan aktivis yang mengadakan bantahan aman.” 

Dalam edisi ke-24 Laporan Dunia 2014 yang mempunyai 667 halaman, Human Rights Watch mengulas amalan hak asasi manusia di lebih daripada 90 buah negara. Pembunuhan orang awam yang berleluasa di Syria menimbulkan kebimbangan tetapi sedikit sahaja langkah oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk menghentikannya, kata Human Rights Watch. Satu doktrin "tanggungjawab untuk melindungi" yang diperbaharui kelihatan telah menghalang beberapa kekejaman besar-besaran di Afrika. Majoriti mereka yang berkuasa di Mesir dan negara-negara lain telah menindas perbezaan pendapat dan hak minoriti. Dan pendedahan Edward Snowden tentang program pengawasan AS berkumandang di seluruh dunia.

Kemajuan lampau dalam hak asasi telah diterbalikkan dengan pelulusan beberapa undang-undang penindasan baru, kata Human Rights Watch. Akta Pencegahan Jenayah terpinda, yang diluluskan dalam bulan Oktober, membenarkan penahanan tanpa bicara oleh pihak pentadbiran dan menghadkan hak merayu, sekaligus mengembalikan amalan-amalan penindasan yang baru sahaja dimansuhkan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat.

Kerajaan Malaysia terus mengenakan dakwaan jenayah yang mencurigakan terhadap pembangkang politiknya, kata Human Rights Watch. Pihak pentadbiran meneruskan rayuannya, melanjutkan dakwaan yang bermotivasikan politik terhadap ketua pembangkang Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat. Beberapa aktivis pembangkang dan penubuhan sivil sedang menunggu bicara kerana melanggar Akta Hasutan, suatu undang-undang penindasan yang sebelum ini dikatakan oleh Najib akan dimansuhkan. Sekurang-kurangnya 43 orang menunggu pendakwaan bagi perlanggaran peruntukkan notis dalam Akta Perhimpunan Aman berhubung dengan perhimpunan Hitam505 anjuran pihak pembangkang selepas pilihanraya, memastikan perbicaraannya akan berterusan sepanjang 2014. SUARAM dan lain-lain kumpulan hak asasi manusia telah dikenakan penyiasatan keras dan tuduhan tanpa bukti oleh pihak media kawalan kerajaan.

Walaupun kerajaan menyalahkan kadar jenayah yang semakin neningkat, keyakinan orang awam terhadap pihak polis tergugat oleh sekurang-kurangnya 12 kes profil tinggi kematian dalam tahanan polis. Kerajaan menentang kuat seruan untuk penubuhan suatu badan pengawasan berkecuali seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang telah direkomenkan oleh suatu suruhanjaya Diraja pada 2005.

Dalam tahun 2013, pernyataan oleh beberapa pegawai kanan kerajaan yang umumnya mengutuk wanita dan lelaki homoseksual, bi-seksual, dan transgender (LGBT), meningkatkan diskriminasi oleh orang awam.

Malaysia tidak menggunakan keahliannya dalam Majlis Keselamatan Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dari 2010 hingga 2013 untuk memperbaiki komitmennya kepada triti dan proses hak asasi antarabangsa. Malaysia telah hanya meratifikasikan empat konvensyen hak asasi antarabangsa setakat ini – antara yang paling rendah dalam wilayahnya. 

“Kerajaan Malaysian telah menyahut kelemahan pilihanrayanya dengan membatasi hak asasi dan bukannya menghormatinya,” kata Robertson.  “Dalam tahun akan datang, pemimpin Malaysia perlu dengan segera menerbalikkan aliran itu,  dan sedar bahawa menggalakkan dan melindungi hak manusia – termasuk hak pembangkang politik dan aktivis yang bersuara lantang – adalah sebenarnya tanggungjawab mereka  yang sebenar.”

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country