Skip to main content

Malaysia: Pekerja migran menjadi mangsa penderaan

Pelarian terperangkap dalam penyingkiran besar-besaran; Pekerja migran wanita kurang perlindungan undang-undang

Akibat kegagalan Malaysia dalam melakukan perubahan terhadap kelemahan pihak imigresen dan agensi buruh, ramai pekerja asing domestik yang telah menjadi mangsa kepada majikan-majikan dan agensi-agensi buruh yang tidak berhati perut, lapor Pemerhati Hak Asasi Manusia dalam suratnya kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Pemerhati Hak Asasi Manusia juga telah menyeru pihak Kerajaan Malaysia supaya mengecualikan pihak-pihak yang terlibat seperti pelarian, pekerja asing dan mangsa perdagangan daripada menjadi mangsa pihak imigresen dalam operasinya.

Tahun lepas, kerajaan Malaysia tlah berjanji untuk menggubal satu perjanjian buruh dengan pihak kerajan Indonesia dalam hal pekerja asing domestik dalam masa 3 bulan daripada tarikh tersebut. Namun begitu, selepas satu tahun berlalu, tiada kemajuan yang telah dilakukan. Undang-undang Buruh Malaysia, yang melindungi kebanyakan kategori pekerja, secara khususnya telah menyisihkan pekerja domestik daripada peruntukan akta tersebut.

Pekerja domestik Indonesia kebanyakannya bekerja selama 16 hingga 18 jam sehari, 7 hari seminggu dan hanya memperolehi sebanyak kurang daripada USD5 sehari. Ramai majikan-majiakan yang menahan gaji pekerja-pekerja domestik ini sehingga kontrak mereka selama 2 tahun tamat. Di Malaysia, kebanyakan pekerja domestik dihalang daripada meninggalkan tempat kerja mereka dan ramai di antara mereka yang mengalami penderaan psikologi, fizikal dan seksual yang dilakukan oleh agensi buruh dan para majikan. Badan bukan kerajaan dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah menerima beribu-ribu aduan daripada pembantu rumah tentang keadaan kerja, gaji dan penderaan yang mereka alami sejak beberapa tahun.

“Inilah masanya Malaysia untuk mengembalikan nama baiknya dengan meluaskan perlindungan terhadap pekerja domestik”, kata LaShawn R.Jefferson, Pengarah di Bahagian Hak Asasi Wanita di Pemerhati Hak Asasi Manusia.”Pekerja domestik di Malaysia masih berhadapan dengan kemungkinan penderaan yang kian teruk dan tidak terkawal”.

Pemerhati Hak Asasi Manusia juga mengutuk operasi yang dilakukan pihak imigresen yang dimulakan pihak kerajaan Malaysia muai 1 Mac lau. Pihak kerajaan Malaysia bersama-sama lebih 300,000 orang sukarelawan yang terdiri daripada orang awam telah menahan beribu-ribu pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka telah didakwa di bawah undang-undang Imigresen yang kejam. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum sebatan, dipenjarakan selama 5 tahun dan didenda sehingga RM10,000.00 (USD2,600) dan ditahan dalam satu jangkamasa yang tidak tetap sebelum dihantar pulang.

Walaupun sebahagian daripada mereka layak menerima perlindungan antarabangsa, mereka tetap ditangkap di dalam operasi tersebut, bukannya menerima perlindungan seperti yang dijanjikan. United Nation High Commissioner for Refugee (UNHCR) telah berjya membbskan lebih 500 orang pelarian dan mereka yang ditahan sejak operasi tersebut dilancarkan. Walaubagaimanapun, pihak UNHCR masih berusaha membebaskan lebih kurang 1,100 orang lagi individu yang memerlukan perlindungan antarabangsa. Lebih kurang 400 orang telah didakwa dan 60 orang lagi telah dijatuhkan hukuman sebat, penjara dan denda.

Begitu juga keadaannya dengan mangsa perdagangan dan pendatang asing yang menjadi mangsa penderaan oleh majikan mereka. Mereka terdedah kepada risiko didakwa oleh majikan mereka di bawah Akta Imigresen, bukannya mendapat bantuan seperti yang diharapkan. Dalam kebanyakan kes, mangsa perdagangan dan pekerja asing yang didera mungkin merasa takut untuk membuat aduan tentang penderaan mereka kepada pihak polis dan imigresen kerana kemungkinan mereka akan ditahan dan dihantar pulang. SUHAKAM, satu badan berkanun yang memperjuangkan hak asasi manusia kebangsaan telah mendapati ramai wanita asing yang sedang berada di dalam tahanan penjara sekarang merupakan mangsa perdagangan.

Malaysia merupakan pengimport buruh asing terbesar di Asia. Lebih kurang 20 peratus daripada tenaga kerjanya terdiri daripada warga asing, yang sebahagian besarnya ditempatkan di dalam bidang pembinaan, ladang kelapa sawit dan perkhidmatan domestik. Hampir setengah juta warga asing, kebanyakannya warga Indonesia telah meninggalkan Malaysia semasa program pengampunan yang berakhir 28 Februari lalu, dan keadaan ini telah menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang banyak dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar terhadap industri terbabit.

Lebih 90 peratus daripada 240,000 orang pekerja domestic di Malaysia adalah warga Indonesia. Terbaru, Malaysia telah menunjukkan minat untuk menlatih pekrja domestik daripada Cambodia, Sri Lanka dan Thailand kerana agensi buruh telah melatih hanya 12,000 orang pekerja domestik warga Indonesia sepanjang 6 bulan yang lalu, kurang daripada jumlah yang diperlukan iaitu 60,000 orang.

Penerimaan gaji yang terlalu rendah dan keadaan kerja yang tidak memuaskan berbanding beberapa Negara lain seperti Singapura dan Hong Kong telah menyumbang kepada kekurangan ini. Malaysia menyisihkan pekerja domestik daripada perlindungan buruh yang standard, tetapi negara Hong Kong pula sebaliknya telah memastikan para pekerja domestik mereka menerima rehat dalam sehari yang cukup, gaji yang setimpal dan had masa bekerja dan hak untuk menyertai persatuan.

“Malaysia telah menerima akibat daripada kegagalan melakukan perubahan polisi imigresen dan buruhnya”, uas Jefferson lagi. “Penghantaran pulang pekerja-pekerja asing 1`1ini tidak akan menyelesaikan masalah imigresen. Pihak kerajaan sebaliknya perlu membuat satu perubahan besar yang sangat bermakna dan membenteras penderaan.”

Untuk maklumat lanjut tentang pencabulan hak asasi manusia terhadap pekerja-pekerja domestik di Malaysia, sila rujuk laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia tahun 2004, bertajuk “Bantuan Diperlukan: Penderaan terhadap Pekerja Asing Domestik Wanita di Indonesia dan Malaysia” yang terdapat secara online di 

Surat daripada Permerhati Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh didapati di 

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country