Skip to main content

(Bangkok) – Kerajaan Malaysia harus menggugurkan pendakwaan yang bermotifkan politik berkenaan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atas dakwaan hubungan homoseksual secara sukarela, Human Rights Watch berkata hari ini.

Pada 12 Februari 2014, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah dijadualkan akan mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan pada 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi untuk membebaskan tuduhan Anwar melanggar artikel 377 Kanun Keseksaan Malaysia.

“Pihak berkuasa Malaysia sedang mendedahkan diri mereka kepada cemuhan antarabangsa kerana memanjangkan kes politik terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,” kata Phil Robertson, timbalan pengarah Asia. “Perbicaraan Anwar akan menjadi lucu kerana hukumannya tidak begitu berat dan mesej daripada perbicaraan ini kepada komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender [LGBT]
Malaysia tidaklah begitu menakutkan.”

Malaysia harus memansuhkan artikel 377 dalam kanun keseksaan mereka, yang mana merupakan undang-undang ketinggalan zaman era penjajahan yang menjadikan “perlakuan seks luar tabii” sebagai satu jenayah. Undang-undang ini secara efektif menjadikan seksualiti sama jantina sebagai satu kesalahan, dan tidak membezakan di antara hubungan seks sukarela atau tidak, sekaligus menafikan standard hak asasi manusia antarabangsa. Sebagai ganti, Human Rights Watch telah lama mencadangkan laluan kepada undang-undang pemerkosaan moden, yang neutral terhadap jantina.

Anwar telah kali pertama ditahan pada Julai 2008, sebulan selepas insiden tersebut didakwa berlaku. Selepas berkali-kali ditunda, beliau telah didapati tidak bersalah pada Januari 2012 selepas hakim mendapati bukti DNA yang penting yang dihantar oleh pihak pendakwaan mungkin telah diubahsuai.

Sekiranya rayuan mahkamah membatalkan pembebasan tersebut, Anwar boleh berdepan hukuman sehingga 20 tahun dalam penjara serta sebatan. Beliau juga perlu melepaskan kerusinya di parlimen dan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun jika beliau menerima sebarang hukuman penjara atau didenda lebih daripada RM 2000 (US$600).

Ini adalah kali keempat Anwar telah didakwa di bawah artikel 377, undang-undang yang hanya digunakan sebanyak tujuh kali sejak 1938 menurut Women’s Candidacy Initiative. Kesediaan kerajaan Perdana Menteri Najib Razak untuk menggunakan undang-undang ini dalam kes berprofil tinggi menunjukkan bahaya yang dipunyainya selagi ia kekal sebagai undang-undang.

Apa yang dipanggil “undang-undang liwat” seperti artikel 377 Malaysia berselisih dengan standard perundangan antarabangsa yang diterima pakai secara meluas. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan pakar antarabangsa yang memantau hak asasi sivil dan politik, memutuskan pada tahun 1994 bahawa undang-undang liwat melanggar hak untuk privasi dan tiada diskriminasi. Prinsip Yogyakarta 2007, yang mengguna pakai undang-undang antarabangsa untuk isu-isu orientasi seksual dan identiti jantina, meminta kerajaan untuk “memansuhkan semua undang-undang yang menjadikan aktiviti seksual secara sukarela di kalangan manusia sama jantina yang melebihi umur yang dipersetujui sebagai kesalahan.” Pada tahun 2011, ahli-ahli terkemuka Negara Komanwel yang disertai Malaysia, menggesa pemansuhan undang-undang liwat.

Dalam laporan pada November 2011 oleh pesuruhjaya tinggi PBB untuk hak asasi manusia mencadangkan kepada negara ahli PBB “memansuhkan undang-undang yang menjadikan kesalahan terhadap individu atas alasan homoseksualiti kerana terlibat dalam perlakuan seksual sejenis.”

Laporan pesuruhjaya tinggi itu, ditugaskan di bawah resolusi bertanda “hak asasi manusia, orientasi seksual, dan identiti jantina” yang diguna pakai Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 17 Jun 2011, membuat beberapa cadangan yang lain, termasuk beberapa yang berkait rapat dengan Malaysia. Mereka menambah: “menggubal perundangan anti diskriminasi yang komprehensif termasuk diskriminasi disebabkan orientasi seksual dan identiti jantina”; dan “memastikan individu boleh menjalankan hak asasi mereka kepada kebebasan bersuara, berpersatuan, dan perhimpunan aman dalam keadaan selamat tanpa diskriminasi disebabkan orientasi seksual dan identiti jantina.”

“Kerajaan Malaysia perlu berhenti menjadikan hubungan seksual sukarela sebagai kesalahan dan diskriminasi disebabkan orientasi seksual dan identiti jantina” Robertson berkata. “Perdana Menteri Najib dan kerajaan beliau perlu memperakui kedua-duanya dalam undang-undang dan mengamalkan bahawa hak asasi LGBT adalah hak asasi manusia.”

 

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country
Topic