Deklarasi Politikal PBB mengenai Dadah yang baru telah digubal untuk dijadikan panduan untuk polisi dadah 10 tahun  akan datang, mengabaikan langkah-langkah yang kritikal untuk membendung dan mengawal jangkitan HIV, kata Human Rights Watch, International AIDS Society, dan juga International Harm Reduction Association pada hari ini. 

Kumpulan-kumpulan tersebut berkata demikian kerana aspek hak asasi manusia dan pencegahan HIV seharusnya menjadi nadi bagi polisi tersebut, tetapi elemen kritikal tersebut telah dikeluarkan daripada deklarasi muktamadnya/terakhirnya. Mereka menyeru supaya ahli-ahli kerajaan untuk tidak menyokong deklarasi tersebut. Deklarasi ini akan dipertimbangkan di segmen peringkat tinggi Suruhunjaya mengenai Dadah Jenis Narkotik (Commission on Narcotic Drugs (CND)) di Vienna minggu ini.

"Delegasi-delegasi dari Negara-negara serata dunia seharusnya dapat menggunakan proses ini untuk membuat penilaian mengenai aspek-aspek yang telah gagal dalam usaha pengawalan dadah dalam dekad lalu dan seterusnya mengubal polisi dadah antarabangsa yang baru yang memberikan gambaran mengenai realiti dan cabaran yang dihadapi kini," kata Prof. Gerry Stimson, Pengarah Eksekutif International Harm Reduction Association. "Tetapi, mereka telah meggubal satu deklarasi yang bukan sahaja lemah -d eklarasi ini memperkecilkan/mengabaikan kewajipan terhadap aspek-aspek asas kesihatan dan juga hak asasi manusia.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah satu siri langkah-langkah yang dikenali sebagai "perkhidmatan pengurangan kemudaratan/risiko" (harm reduction services) yang telah disokong oleh agensi-agensi kesihatan dan kawalan dadah PBB, termasuklah Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah UNODC, UNAIDS, serta Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organsation). Langkah-langkah ini termasuklah program pertukaran jarun suntikan dan picagari serta terapi bantuan ubatan (sebagai contoh, penggunaan methadon) di dalam dan di luar penjara sebagai isu penting dalam menangani isu HIV dikalangan golongan pengguna dadah. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengurangan kemudaratan/risiko adalah penting dalam pencegahan HIV bagi golongan yang menggunakan dadah. Tindakan yang diambil adalah bertentangan dengan nasihat langsung oleh UNAIDS, the Global Fund to fight AIDS, Tuberculosis and Malaria, dan UN Special Rapporteurs Mengenai Kesihatan Serta Kekejaman.

Sebanyak 30 peratus jangkitan HIV yang berlaku di luar rantau sub-Saharan Afrika adalah disebabkan oleh penggunaan dadah yang tidak selamat. Kumpulan tersebut telah menyatakan bahawa terdapat bukti-bukti yang jelas yang menyatakan intervensi pengurangan kemudaratan/risiko mampu menghentikan atau pun mengurangkan epidemik HIV dalam golongan yang menyuntik dadah.

"Deklarasi politikal ini mengabaikan kesihatan awam," kata Craig McClure, Pengarah Eksekutif International AIDS Society. "Belum lagi 12 bulan setelah anggota negara PBB bertemu di mesyuarat peringkat tinggi di New York untuk menyatakan semula komitmen antarabangsa untuk melawan HIV, adalah tidak boleh diterima dan hal ini juga adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan untuk menafikan sebarang rujukan dalam deklarasi tersebut bagi program pengurangan kemudaratan/risiko yang boleh menyelamatkan nyawa."

Deklarasi politikal tersebut juga mengabaikan hak asasi manusia. Dari sebuah negara ke sebuah negara di serata dunia, penguatkuasaan undang-undang yang kejam yang di implementasi dengan menggunakan alasan "perang terhadap dadah" selalunya membawa kesan yang teruk dan hal ini juga selalunya merupakan pencabulan kepada hak asasi manusia. Tambahan pula, interpertasi perjanijian-perjanjian antarabangsa kawalan dadah yang terlampau rigid pada peringkat nasional mengakibatkan penafian akses kepada ubat-ubatan tahan sakit yang penting kepada jutaan individu di serata dunia.

Kedua-dua isu tersebut dibangkitkan oleh UN Special Rapporteur Mengenai Kesihatan dan UN Special Rapporteur Mengenai Kekejaman. Mereka telah mengessa CND untuk memberi sokongan eksplisit bagi hak asasi manusia dalam Deklarasi Politikal tersebut. Semua anggota negara PBB telah meraktifikasikan sekurang-kurangnya satu daripada perjanjian-perjanjian hak asasi manusia yang penting oleh PBB dan Perhimpunan Agung PBB dengan konsisten telah menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang mengenai dadah seharusnya dilakukan tanpa mencabul hak asasi manusia dengan konsisten.

"Menyedari bahawa terdapat pencabulan hak asasi manusia yang berleluasa di serata dunia akibat penguatkuasaan undang-undang, hak asasi manusia seharusnya diletakkan sebagai asas kepada polisi dadah PBB," kata Joseph Amon, Pengarah Human Rights Watch bagi unit hak asasi manusia. "Tetapi deklarasi politikal ini hanya membuat sedikit rujukan kepada kewajipan undang-undang yang termaktub dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa hak asasi manusia dan deklarasi ini juga tidak mendesak bagi perlindungan hak asasi manusia dalam polisi dadah."

Menurut organisasi tersebut, komuniti antarabangsa seharusnya menyedari bahawa pendekatan yang digunakan kini untuk polisi dadah antarabangsa telah gagal. Langkah-langkah yang lebih mantap harus diambil untuk menggubal rangka kerja polisi dadah yang mempunyai langkah-langkah berdasarkan bukti untuk menangani risiko/kemudaratan yang berkaitan dengan dadah dan kewajipan sesebuah negara terhadap hak asasi manusia serta kewajipan PBB sebagai organisasi antarabangsa yang menjadi tunjang utama. Hal ini bermaksud menyokong langkah-langkah pengurangan kemudaratan/risiko. Hal ini juga bermakna mengakui bahawa tindakan punitif polisi dadah tidak membuahkan sebarang hasil dan hal ini telah menyebabkan kemudaratan kepada nyawa serta kesihatan jutaan individu. Selain itu, hal ini juga bermakna kita harus menyedari bahawa kita perlukan pembaharuan untuk maju ke hadapan.

Kumpulan tersebut telah menyeru supaya negara-negara anggota untuk tidak menyokong Deklarasi Politikal yang tidak memberikan keutamaan yang mencukupi kepada isu pengurangan kemudaratan/risiko dan hak asasi manusia dalam respon global kepada isu-isu berkenaan dadah dan juga untuk menyertai permintaan badan-badan sivil lain dalam usaha untuk mencari cara yang lebih efektif, koheren, serta tindakbalas yang releven terhadap isu-isu berkenaan dadah yang merentasi sistem PBB.