Skip to main content

(New York, 27 Januari 2016) – Keadaan hak-hak asasi manusia di Malaysia telah menjunam dengan mendadak sepanjang 2015 apabila pihak kerajaan meningkatkan kempen gangguan dan penindasan terhadap aktivis-aktivis, tokoh-tokoh pembangkang politik, dan pihak media, kata Human Rights Watch hari ini dalam Laporan Dunia 2016nya (World Report 2016).

Dalam World Report 2016 659 laman itu, edisinya yang ke-26, Human Rights Watch mengulas amalan hak-hak asasi manusia lebih dari 90 negara. Dalam esei pengenalannya, Pengarah Eksekutif Kenneth Roth menulis bahawa penyebaran serangan keganasan melebihi kawasan Timur Tengah dan pengaliran keluar pelarian yang besar disebabkan penindasan dan konflik telah menyebabkan banyak kerajaan-kerajaan menyekat hak-hak dalam suatu usaha sesat untuk melindungi keselamatan masing-masing. Dalam masa yang sama, kerajaan-kerajaan authoritarisme di sekeliling dunia, kerana takutkan perbezaan pendapat aman yang sering diperbesarkan oleh sosial media, telah memulakan tindakan keras yang sengit ke atas kumpulan-kumpulan bebas baru-baru ini.

“Pihak kerajaan Malaysia telah bertindak balas terhadap kritikan awam mengenai suatu skandal rasuah utama dan penganiayaan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim dengan memulakan gelombang penindasan,” kata Phil Robertson, pengarah kanan Asia di Human Rights Watch. “Perdana Menteri Najib Razak memijak hak-hak asas untuk mendiamkan tuduhan-tuduhan rasuah tersebut dan mengekalkan cengkaman kuasanya.”

Sepanjang tahun 2015, pihak berkuasa Malaysia telah menangkap berpuluh-puluh orang di bawah Akta Hasuran untuk membuat kritikan terhadap kerajaan, badan kehakiman, dan sultan-sultan Malaysia. Sekurang-kurangnya 33 orang telah dikenakan pertuduhan hasutan dalam tempoh dua tahun yang lepas, termasuk tujuh orang ahli parlimen pembangkang. Pada bulan April, gabungan pemerintah telah meluluskan pindaan terhadap Akta Hasutan untuk meningkatkan penalti terhadap perlanggarannya dan memudahkan penggunaan undang-undang terhadap ucapan atas talian. Pengukuhan undang-undang tersebut merupakan pembalikan besar oleh Perdana Menteri Najib, yang telah berkali-kali menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan, kononnya untuk digantiannya dengan Akta Keharmonian.

Pihak kerajaan telah bertindak balas terhadap laporan awam dan perbincangan mengenai tuduhan rasuah melibatkan syarikat kepunyaan kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menggantungkan surat khabar, menyekat laman-laman sesawang, mengharamkan logo Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil), menangkap berpuluh-puluh orang untuk mengambil bahagian dalam bantahan awam, dan mengenakan pertuduhan terhadap individu-individu melalui “sabotaj kewangan” kerana mereka membuat laporan polis 1MDB di negara asing.

Pihak kerajaan turut mengembalikan penahanan tampa bicara yang tidak ditentukan dengan meluluskan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Prevention of Terrorism Act (POTA)), yang membolehkan suatu badan dilantik kerajaan untuk mengenakan tanahan tanpa bicara setakat dua tahun dan boleh diperbaharui tanpa penentuan dan tanpa kemungkinan semakan kehakiman. Pada bulan Disember, ia telah meluluskan perundangan Majlis Keselamatan Negara (National Security Council) yang meluas membolehkan perdana menteri mengisytiharkan bidang keselamatan ke atas mana sekatan terhadap kuasa polis boleh digantung.

Pendakwaan bekas ketua pembangkan Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik telah memunjak pada bulan Februari apabila Mahkamah Persekutuan menegakkan sabitan liwatnya serta hukuman penjara lima tahun. Pada bulan Oktober, Kumpulan Kerja mengenai Penahanan Arbitrari Bangsa-Bangsa Bersatu telah menentukan bahawa Anwar ditahan secara sewenang-wenangnya dan telah menuntut agar beliau dilepaskan dan dikembalikan hak-hak politiknya dengan serta-merta.

Hak-hak orang-orang lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) kekal terancam di Malaysia, kata Human Rights Watch. Keputusan bulan Oktober oleh Mahkamah Persekutuan menegakkan undang-undang negeri yang melarang “seorang lelaki berkelakuan sebagai seorang perempuan” dengan seriusnya melemahkan hak-hak individu transgender dalam negara. Tiada kemajuan besar dalam usaha mencari dua lelaki yang menyerang pembela hak-hak LGBT Nisha Ayub dengan paip besi di luar flatnya pada bulan September.

“Sikap tidak bertoleransi pihak kerajaan terhadap ucapan kritikal serta kempen berterusan mereka untuk menangkap dan mendakwa mendustakan sebarang dakwaan bahawa Malaysia merupakan suatu demokrasi yang menghormati-hak-hak,” kata Robertson said. “Sekiranya Malaysia ingin memainkan peranan di peringkat antarabangsa, ia perlu mengambil langkah kebelakang dari ambang dan menghentikan kempen penindasan yang sedang dijalankannya itu.”

Your tax deductible gift can help stop human rights violations and save lives around the world.

Region / Country